Ahad, 13 Disember 2015

NEW HIGHRISE IN IPOH

Sebut pasal highrise ni, bg aku Ipoh masih ketinggalan dr bndar bsar lain.... lau tgok kl, penang, jb or malacca skalipun, highrise kat sana padat n tinggi2 belaka... ipoh selama ni terbelenggu dgn rules DCA yg meletakkan garis panduan untuk membina pencakar langit kat Ipoh... tapi sekarang, rules tu dah dimansuhkan. So Ipoh selepas ni akan dibanjiri oleh pencakar langit yg tinggi dan megah, sebagai mewarnai panorama di Ipoh....

Kat sini, aku akan listkan beberpa new highrise yg bakal mewarnai ruang bandaraya Ipoh....

1. Octagon


















2. Ipoh Convention Centre


3. The Majestic
















4. Starhub



5. Tin Tower











6. Times Square



7. Lang Valley



8. Prima Kg Paloh



9. Prima Meru Raya




10. Treetops Residence



11. Glamour Avenue
















12. Deone SuiteVilla



13. The Qube



14. The Signature



15. Upper East





16. Ipoh Tower phase 2

no image

17. Tecoma Residence



18. Tiger Lane Cityview



19. Polo Residence



20. Basco Avenue



21. SSI Tower




22. DFestivo



23. Felda Ipoh



24. DWJ Residence















25. Mh Pinnacle




26. Vivo Square




27. Aloft by The River

no image


28. QI-City



29. The Matrix




30. Segi Enclave city





31. Lost World Mall Apartment Service

no image


31. T-City Simpang Pulai








 
PELANCONGAN DI IPOH (part 2)

Rasanya dah lama tak update blog kat sini... sekarang rasa semangat skit sebab tak banyak aktiviti nak dibuat.... kali ni nak sambung balik citer pasal tempat pelancongan kat Ipoh ni... ada banyak lagi tempat menarik yang perlu diterokai kat Ipoh....

1. MUZIUM DARUL RIDZUAN

Aku sendiri pun belom masuk lagi kat dalam muzium ni, tapi apa yang aku baca kat bolg lain, muzium ni dipamerkan tentang sejarah Ipoh masa dulu-dulu. Muzium dibuka pada tahun 1992. Muzium ni agak kecil dan berada dalam bangunan sejarah british dulu....

 
 
 
2. JEJAK WARISAN
 
bagi aku kawasan ni memang patut dikunjungi sebab macam2 bangunan lama yang menarik kat kawasan ni.... Aku boleh listkan beberapa tempat best yang ada kat sini:
Plan B
 
 
Ini adalah sebuah cafe yang ckup rare... mungkin pelancong luar boleh try makan kat cni... kat luar cafe ni ada tempat jualan barang2 lama yang nostalgik... kedai gunting rambut pun ada... memang classy betol tempat ni... nak rasa ais kepal boleh cuba jgak kat luar cafe ni... best untuk jadi tempat melepaskan lelah lepas penat bejalan2 kat ipoh... hehe
Jasmin Museum



Muzium ni akan menayangkan filem dan iklan2 yang pernah dihasilkan oleh arwah Yasmin Ahmad... harga tiket RM3.00 saje....


Funtasy Trick 3D House
 
 
 


Tempat ni memang bukak sangat. Ada dalam 20 lebih gambar 3D yang boleh kita snap sebagai hiburan. Harga tiket RM15 bagi warganegara malaysia untuk dewasa. Boleh kata best jugak la...

yang lain2 tu, macam Stesen KTMB, Clock Tower Birch, Bangunan Perbandaran Ipoh, masjid negeri dan macam2 lagi bangunan sejarah lama yang boleh dilihat kat kawasan ni....



3. JEJAK MURAL

Tempat ni aku penah pegi skali lepas jalan2 kat Lokken ataupun nama Memory lane... ada mcm2 gambar yang ada kat sini... tempat ni cuma dok kat blakang rumah kedai... dekat jugak dengan jambatan Hugh Row... ataupun dekat dengan masjid Panglima Kinta...



 

4. MEMORY LANE

tempat ni memang sesuai untuk kaki hipster.... banyak barang2 lama dijual kat sini... aku pun kalau balik perak mesti akan pg tempat... dia cuma dibuka pada pagi ahad... elok datang pagi2 sebab kalau dah atas pkol 10, memang dah terik panas... enjoy jugak la tempat ni...


 


 
 
 
5. MASJID MUHAMMADIAH (MASJID CINA)
 
walaupun ada banyak lagi masjid kat Ipoh ni, tapi aku memilih masjid Cina ni sebagai salah satu produk pelancongan yang menarik kat Ipoh. Masjid ni terletak di Tasek... kalau ikutkan dalam kawasan taman perumahan yang pendudukya ramai dari bangsa Cina. masjid ni unik sebab dibina dengan bercirikan binaan Tonghua... kalau dari jauh ingatkan tokong tapi rupanya masjid yang cantik,,, selalu tengok ada pelancong yang datang melawat dan ambil gambar dari luar masjid malah ada yang datang masuk... rugi la kalau tak pegi kat masjid ni... terbaik....
 
 
 
 
 
 
 
Ok la... nanti aku sambung lagi tempat menarik ataupun lebih tepat lagi tempat perlancongan kat Ipoh ni dalam part 3... hehe

Isnin, 16 Februari 2015

PELANCONGAN DI IPOH (part 1)

Kali ni aku nak tulis pasal pelancongan kat ipoh lak... memandangkan sekarang Ipoh dah semakin membangun, jadi tak salah untuk aku ckap pasal ni. Sekarang Ipoh dah tak macam dulu. Dulu, kalau member dari luar Ipoh datang, tanya mana tempat yang best untuk pegi, so aku xleh jawab, tapi sekarang aku dah tak malu nak jawab dah.. hehe...

Sambil aku cerita serba sedikit tentang tampat yang patut dikunjungi kat Ipoh, aku akan berikan pendapat peribadi tentang tempat tersebut untuk penambahbaikan... Just bagi pendapat yag memandai je... hehe... Cuma apa yang boleh aku cakap, Ipoh lebih banyak kepada pelancongan rekreasi...

1. LOST WORLD OF TAMBUN

Buat masa ni, Lost World memang tarikan utama untuk pelancong ke Ipoh. Boleh dikatakan, ramai pelancong yang datang dari luar negara nampak kat sini. Berkonsepkan taman tema, Lost World boleh dikatakan tempat yang berbaloi. Dengan harga RM50, pengunjung boleh merasai pengalaman yang bermacam2 la... Lost World ni salah satu komponen dari Sunway City Ipoh... Kat Sunway City ni jgak ada Sunway Hotel, Extreme Park, Giant Superstore, Mcdonald DT, Starbuck DT. Akan datang akan dibangunkan Lost World Shopping Mall. Dengar kata ada Premium Outlet kat shopping mall tu.

Kat dalam Lost World sendiri taman tema basah dan kering. Pengunjung boleh mencuba mandi kat pantai buatan manusia, sungai buatan pun ada gak, Hotspring (malam pun bukak sampai jam 11.00 malam), main roller coaster, gelungsur air, masuk rumah hantu, tgok haiwan kat Petting Zoo, lembah harimau pun ada, Tin Valley pun ada.... memang puas sehari suntuk bila duk kat Lost World ni...





2. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Kali pertama aku datang sini, aku macam tak percaya bila ada tempat yang macam ni kat Ipoh. masa datang tu, dah petang. Kat sini, pengunjung dapat melihat keindahan tasik di celah-celah Gunung Lang ni. Kat hujung tasik tu ada tempat rekreasi yang boleh dikatakan macam pulau la. Jadi utuk ke pulau tu, pengunjung akan naik bot yang disediakan dengan harga RM5 untuk dewasa. Cuma aku tak berapa suka dengan nama taman ni. Kalau boleh bagi la nama yang lebih gempak cikit.. contohnya Duniaria Gunung Lang ke,,, Gunung Lang Valley ke.. sekurang-kurangnya, orang yang belom pernah datang pun, rasa macam tempat ni mesti gempak,,, tapi memang gempak pun... hehe...

Kat pulau hujung tasik tu ada macam-macam jenis model rumah lama... boleh jugak tengok beberapa jenis binatang yang diletakkan kat situ.... cuma kalau boleh, mungkin lagi best lau buat mini zoo  yang lebih banyak binatang kat situ,,, boleh jugak tanam pokok herba yang boleh diperkenalkan kat orangramai...

Lagi satu, perkhidmatan bot amat kurang sampai orang ramai terpaksa berebut, tambah lagi masa nak balik ke darat... kena tambahkan lagi supaya boleh lagi ramai nak datang... aku pun nak datang lagi la... hehe... kat kawasan tu pun, lau nak lagi best, kena wat satu kafe yang betol2 mengadap ke tasik tu... memang best gler lau dapat minum2 kat situ...

Walau macamanapun, aku bangga sebab Ipoh ada tempat best macam tu... harap2... MBI akan lebih agresif untuk bangunkan tempat tu atau tambah lagi produk pelancongan macam tu.... lagipun selepas ni, Lang Valley City akan dubangunkan... kan lagi pack orang nanti... hehe


 
3. KINTA RIVERFRONT

Nama dah gah... tempat pun sama gah jugak... hehe... Ok la... ni lagi satu tempat yang boleh dikatakan happening jugak... tapi waktu malam je kot... Kinta Riverfront ni dimajukan oleh Morubina Sdn. Bhd. Tempat ni kalau malam, boleh la tengok lampu led yang digantung kat pokok... macam kat I-city Shah alam tu le... cuma dalam skala kecik ler. Satu yang aku suka, bila duk atas model jambatan yang menyerupai jambatan kat Eropah tu... sambil mengadap Hotel Kinta Riverfront... macam duk kat negara luar lak... lau bagi aku macam kat Hong Kong... hehe... Kat situ ada gak kedai-kedai makan dan cenderahati, tapi nampak macam kurang pelanggan lak... sebelum ni ada la cafe ala pub, tapi dah tutup, mungkin xde sambutan kot... bagi aku ada yang tak kena ngan tempat tu sebab kedudukan pengunjung ngan Sungai Kinta agak jauh,, so macam x berapa urmm lak...

Pendapat aku, lagi best lau buat kafe betul2 atas Sungai Kinta tu,,, mungkin ramai yang suka... tapi jangan bina rendah sangat, nanti datang banjir, apa pun x boleh,,, haha... kalau waktu malam, ada la aktiviti berbasikal yang boleh disewa kat situ...Aku rasa, tempat tu perlu diluaskan lagi,,, dan apa kata kalau tempat buat servis naik sampan or bot... x payah bawak jauh sangat, mungkin dari jambatan besar sampai ke jambatan yang dekat ngan Medan Istana tu... mesti ramai yang nak jugak... lagi best lau buat uptown kat tep sungai tu... aku rasa mesti sesak giler ngan orang lpas ni...

Satu lagi pendapat aku,,, Hotel Kinta Riverfront tu sendiri cuba renovate dan buat shopping mall, aku rasa lagi meriah tempat tu... kalau nak tau cuba buat... hehe





4. DATARAN KTM IPOH

Sebenarnya, aku tak berapa suka tempat ni, sebab meriahnya cuma waktu malam je... Siang xde apa2 yang best pun. Tapi aku listkan jugak la, sebab tempat ni ramai yang melepak kat sini. Apa yang best aku tak tau... kalau ikutkan kat sini ada pancutan air berirama yang berwarna-warni... tempat ni jugak nampak lapang... Sesapa yang datang sini mesti cari port untuk lepak ngan famili or member... Kat sini jugak ada servis roller blade... ramai orang yang praktis main benda ni...

Pendapat aku la, lau nak lagi best, cuba buat mini konsert setiap malam minggu,,, panggil buskers kat serata ipoh wat show... mungkin penyanyi tu show kat tengah dataran tu atau dari atas balkoni bekas hotel kat station ktm tu... kat atas tu pun xde apa2 premis lagi kan... hehe...





5. TAMAN DR. SEENIVASAGAM

Betol ker aku tulis tu,,, hehe... takpala yang penting orang paham yang ni Taman Dr... Tempat aku tak explore sangat sebab aku jarang masuk jat tempat jenis taman-taman tasik ni... hehe... Kat sini ada padang, selalunya ada orang main ragbi kat situ... ada jugak tempat permainan tasik, contohnya itik atas air, basikal air... aku pun tak tau ada lagi tak permainan tu... tempat lebih kepada nak releasekan tension,,, ada jugak yang suka joging kat situ... yang paling penting, ada Taman Jepun... model taman yang ada kat Jepun...

Pendapat aku lak.. oleh sebab dah ada taman polo, yang sbangsa ngan taman ni, apa kata lau taman ni kita wat pembangunan bercampur kat situ,,, yang boleh aku namakan lakefront city.... tapi pembangunan kena lebih teratur... Firstly, parking cuma ada kat belah depan taman tu je,,, so, lau nak jalan2 or shopping kat situ kena jalan kaki la... hehe... sebab nak nikmati keindahan taman tu kan... kat dalam tu kenderaan punggah barang cuma ikut dari Waller Court... taman Jepun kekalkan macam biasa, cuma buat pusat trade centre berpusat contohnya ada Pusat It Mall, Pusat F&B Mall dan Entertainment... Mungkin wat cineplex kat kat citu... Ada restoran mkanan segera kat situ macam KFC, Mcd dan Pizza Hut... semuanya kat tepi tasik... kan best... lgi satu bina hotel... x payah tinggi2... macam resort je... pun mngadap tasik... mesti best dan santai tempat tu,,, sambil kekalkan keindahan taman, tapi komersilnya ada... boleh jadi salah satu tempat pelancongan gak... lagipun dekat je ngan Kinta Riverfront...




5. PADANG IPOH

Padang Ipoh ni macam kita tengok kat KL la,,, lau KL ada Dataran Merdeka, tapi Ipoh ada Padang Ipoh... kat padang ni orang selalu lepak waktu petang, sambil layan wifi free... hehe... Padang ni mengadap Masjid India... selalu jadi tempat belatih bola... dekat tepi padang tu ada Old Town Cafe nga Kelab Diraja... view kat situ memang cantik... cumanya.. hehe....

Cumanya, macam biasa, pendapat aku ialah, apa kata kalau kita bina menara macam kat Melaka tu... Menara Tamingsari... Bagi aku, Ipoh perlukan menara macam tu,,, satu landmark la katakan... x perlu tinggi sangat... at least boleh nampak pemandangan kat Ipoh... mesti gempak punya...  x perlu berpusing macam Menara Tamingsari... lau aku, aku nak letak nama... Menara Kintajaya... so kat bawah tu... mesti ramai orang tunggu turn untuk naik menara tu... lagipun, itu kan kat area old town,,, so boleh lagi banyakkan tempat tourism kat situ... parking jangan risau, parking centre dkat2 ngan situ kan ado... cba bayangkan lau buat kan... hehe...



Ok... nanti aku sambung lagi tempat pelancongan kat Ipoh dalam thread yang baru lak... hehe