Isnin, 16 Februari 2015

PELANCONGAN DI IPOH (part 1)

Kali ni aku nak tulis pasal pelancongan kat ipoh lak... memandangkan sekarang Ipoh dah semakin membangun, jadi tak salah untuk aku ckap pasal ni. Sekarang Ipoh dah tak macam dulu. Dulu, kalau member dari luar Ipoh datang, tanya mana tempat yang best untuk pegi, so aku xleh jawab, tapi sekarang aku dah tak malu nak jawab dah.. hehe...

Sambil aku cerita serba sedikit tentang tampat yang patut dikunjungi kat Ipoh, aku akan berikan pendapat peribadi tentang tempat tersebut untuk penambahbaikan... Just bagi pendapat yag memandai je... hehe... Cuma apa yang boleh aku cakap, Ipoh lebih banyak kepada pelancongan rekreasi...

1. LOST WORLD OF TAMBUN

Buat masa ni, Lost World memang tarikan utama untuk pelancong ke Ipoh. Boleh dikatakan, ramai pelancong yang datang dari luar negara nampak kat sini. Berkonsepkan taman tema, Lost World boleh dikatakan tempat yang berbaloi. Dengan harga RM50, pengunjung boleh merasai pengalaman yang bermacam2 la... Lost World ni salah satu komponen dari Sunway City Ipoh... Kat Sunway City ni jgak ada Sunway Hotel, Extreme Park, Giant Superstore, Mcdonald DT, Starbuck DT. Akan datang akan dibangunkan Lost World Shopping Mall. Dengar kata ada Premium Outlet kat shopping mall tu.

Kat dalam Lost World sendiri taman tema basah dan kering. Pengunjung boleh mencuba mandi kat pantai buatan manusia, sungai buatan pun ada gak, Hotspring (malam pun bukak sampai jam 11.00 malam), main roller coaster, gelungsur air, masuk rumah hantu, tgok haiwan kat Petting Zoo, lembah harimau pun ada, Tin Valley pun ada.... memang puas sehari suntuk bila duk kat Lost World ni...





2. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Kali pertama aku datang sini, aku macam tak percaya bila ada tempat yang macam ni kat Ipoh. masa datang tu, dah petang. Kat sini, pengunjung dapat melihat keindahan tasik di celah-celah Gunung Lang ni. Kat hujung tasik tu ada tempat rekreasi yang boleh dikatakan macam pulau la. Jadi utuk ke pulau tu, pengunjung akan naik bot yang disediakan dengan harga RM5 untuk dewasa. Cuma aku tak berapa suka dengan nama taman ni. Kalau boleh bagi la nama yang lebih gempak cikit.. contohnya Duniaria Gunung Lang ke,,, Gunung Lang Valley ke.. sekurang-kurangnya, orang yang belom pernah datang pun, rasa macam tempat ni mesti gempak,,, tapi memang gempak pun... hehe...

Kat pulau hujung tasik tu ada macam-macam jenis model rumah lama... boleh jugak tengok beberapa jenis binatang yang diletakkan kat situ.... cuma kalau boleh, mungkin lagi best lau buat mini zoo  yang lebih banyak binatang kat situ,,, boleh jugak tanam pokok herba yang boleh diperkenalkan kat orangramai...

Lagi satu, perkhidmatan bot amat kurang sampai orang ramai terpaksa berebut, tambah lagi masa nak balik ke darat... kena tambahkan lagi supaya boleh lagi ramai nak datang... aku pun nak datang lagi la... hehe... kat kawasan tu pun, lau nak lagi best, kena wat satu kafe yang betol2 mengadap ke tasik tu... memang best gler lau dapat minum2 kat situ...

Walau macamanapun, aku bangga sebab Ipoh ada tempat best macam tu... harap2... MBI akan lebih agresif untuk bangunkan tempat tu atau tambah lagi produk pelancongan macam tu.... lagipun selepas ni, Lang Valley City akan dubangunkan... kan lagi pack orang nanti... hehe


 
3. KINTA RIVERFRONT

Nama dah gah... tempat pun sama gah jugak... hehe... Ok la... ni lagi satu tempat yang boleh dikatakan happening jugak... tapi waktu malam je kot... Kinta Riverfront ni dimajukan oleh Morubina Sdn. Bhd. Tempat ni kalau malam, boleh la tengok lampu led yang digantung kat pokok... macam kat I-city Shah alam tu le... cuma dalam skala kecik ler. Satu yang aku suka, bila duk atas model jambatan yang menyerupai jambatan kat Eropah tu... sambil mengadap Hotel Kinta Riverfront... macam duk kat negara luar lak... lau bagi aku macam kat Hong Kong... hehe... Kat situ ada gak kedai-kedai makan dan cenderahati, tapi nampak macam kurang pelanggan lak... sebelum ni ada la cafe ala pub, tapi dah tutup, mungkin xde sambutan kot... bagi aku ada yang tak kena ngan tempat tu sebab kedudukan pengunjung ngan Sungai Kinta agak jauh,, so macam x berapa urmm lak...

Pendapat aku, lagi best lau buat kafe betul2 atas Sungai Kinta tu,,, mungkin ramai yang suka... tapi jangan bina rendah sangat, nanti datang banjir, apa pun x boleh,,, haha... kalau waktu malam, ada la aktiviti berbasikal yang boleh disewa kat situ...Aku rasa, tempat tu perlu diluaskan lagi,,, dan apa kata kalau tempat buat servis naik sampan or bot... x payah bawak jauh sangat, mungkin dari jambatan besar sampai ke jambatan yang dekat ngan Medan Istana tu... mesti ramai yang nak jugak... lagi best lau buat uptown kat tep sungai tu... aku rasa mesti sesak giler ngan orang lpas ni...

Satu lagi pendapat aku,,, Hotel Kinta Riverfront tu sendiri cuba renovate dan buat shopping mall, aku rasa lagi meriah tempat tu... kalau nak tau cuba buat... hehe





4. DATARAN KTM IPOH

Sebenarnya, aku tak berapa suka tempat ni, sebab meriahnya cuma waktu malam je... Siang xde apa2 yang best pun. Tapi aku listkan jugak la, sebab tempat ni ramai yang melepak kat sini. Apa yang best aku tak tau... kalau ikutkan kat sini ada pancutan air berirama yang berwarna-warni... tempat ni jugak nampak lapang... Sesapa yang datang sini mesti cari port untuk lepak ngan famili or member... Kat sini jugak ada servis roller blade... ramai orang yang praktis main benda ni...

Pendapat aku la, lau nak lagi best, cuba buat mini konsert setiap malam minggu,,, panggil buskers kat serata ipoh wat show... mungkin penyanyi tu show kat tengah dataran tu atau dari atas balkoni bekas hotel kat station ktm tu... kat atas tu pun xde apa2 premis lagi kan... hehe...





5. TAMAN DR. SEENIVASAGAM

Betol ker aku tulis tu,,, hehe... takpala yang penting orang paham yang ni Taman Dr... Tempat aku tak explore sangat sebab aku jarang masuk jat tempat jenis taman-taman tasik ni... hehe... Kat sini ada padang, selalunya ada orang main ragbi kat situ... ada jugak tempat permainan tasik, contohnya itik atas air, basikal air... aku pun tak tau ada lagi tak permainan tu... tempat lebih kepada nak releasekan tension,,, ada jugak yang suka joging kat situ... yang paling penting, ada Taman Jepun... model taman yang ada kat Jepun...

Pendapat aku lak.. oleh sebab dah ada taman polo, yang sbangsa ngan taman ni, apa kata lau taman ni kita wat pembangunan bercampur kat situ,,, yang boleh aku namakan lakefront city.... tapi pembangunan kena lebih teratur... Firstly, parking cuma ada kat belah depan taman tu je,,, so, lau nak jalan2 or shopping kat situ kena jalan kaki la... hehe... sebab nak nikmati keindahan taman tu kan... kat dalam tu kenderaan punggah barang cuma ikut dari Waller Court... taman Jepun kekalkan macam biasa, cuma buat pusat trade centre berpusat contohnya ada Pusat It Mall, Pusat F&B Mall dan Entertainment... Mungkin wat cineplex kat kat citu... Ada restoran mkanan segera kat situ macam KFC, Mcd dan Pizza Hut... semuanya kat tepi tasik... kan best... lgi satu bina hotel... x payah tinggi2... macam resort je... pun mngadap tasik... mesti best dan santai tempat tu,,, sambil kekalkan keindahan taman, tapi komersilnya ada... boleh jadi salah satu tempat pelancongan gak... lagipun dekat je ngan Kinta Riverfront...




5. PADANG IPOH

Padang Ipoh ni macam kita tengok kat KL la,,, lau KL ada Dataran Merdeka, tapi Ipoh ada Padang Ipoh... kat padang ni orang selalu lepak waktu petang, sambil layan wifi free... hehe... Padang ni mengadap Masjid India... selalu jadi tempat belatih bola... dekat tepi padang tu ada Old Town Cafe nga Kelab Diraja... view kat situ memang cantik... cumanya.. hehe....

Cumanya, macam biasa, pendapat aku ialah, apa kata kalau kita bina menara macam kat Melaka tu... Menara Tamingsari... Bagi aku, Ipoh perlukan menara macam tu,,, satu landmark la katakan... x perlu tinggi sangat... at least boleh nampak pemandangan kat Ipoh... mesti gempak punya...  x perlu berpusing macam Menara Tamingsari... lau aku, aku nak letak nama... Menara Kintajaya... so kat bawah tu... mesti ramai orang tunggu turn untuk naik menara tu... lagipun, itu kan kat area old town,,, so boleh lagi banyakkan tempat tourism kat situ... parking jangan risau, parking centre dkat2 ngan situ kan ado... cba bayangkan lau buat kan... hehe...



Ok... nanti aku sambung lagi tempat pelancongan kat Ipoh dalam thread yang baru lak... hehe

Rabu, 4 Februari 2015

PUSAT MEMBELI-BELAH KAT PERAK

Aku selalu follow perkembangan shopping mall kat Perak ni. Nampaknya sekarang Perak semakin sakan nak bangunkan shopping mall untuk bagi banyak pilihan membeli-belah. Setiap bandar besar dah ada shopping mall yang tersendiri.

Ipoh:
1. Ipoh Parade
2. Aeon Mall Station 18
3. Kinta City Shopping Centre
4. Angsana Ipoh Mall
5. Mydin Mall
6. Megoplex
7. Great World Centre
8. Pengkalan Emas Mall
9. Kompleks Yik Fong
10. Glamour Square
11. De Garden
12. Festival Walk

Taiping:
1. Aeon Mall
2. Taiping Mall
3. Taiping Sentral

Manjung:
1. Sri Manjung Shopping Centre

Kampar:
1. Tin Village Mall

Teluk Intan:
1. Rapid Mall

Seri Iskandar:
1. D Mall

Parit Buntar:
1. Kerian Sentral Mall

Senarai Hypermarket/supermarket yang ada kat Perak:

Aeon:
1. Kinta City, Ipoh
2. Station 18, Ipoh
3. Taiping
4. Manjung

Tesco:
1. Tesco Extra, Tasek
2. Tesco Ipoh
3. Tesco Station 18
4. Tesco Taiping
5. Tesco Manjung
6. Tesco Seri Iskandar
7. Tesco Kampar

Giant:
1. Giant Bercham
2. Giant Tambun
3. Giant Manjung
4. Giant Taiping
5. Giant Teluk Intan
6. Giant Kampar

Mydin:
1. Meru Raya
2. Manjoi
3. RTC Gopeng
4. Parit Buntar

Econsave:
1. Great World Centre
2. Klebang
3. Kamunting
4. Manjung
5. Parit Buntar
6. Kampar

Parkson:
1. Ipoh Parade

Billion:
1. Gunung Rapat
2. Megoplex
3. Jelapang
4. Lumut
5. Pantai Remis
6. Air Tawar
7. Teluk Intan
8. Seri Iskandar
9. Tanjung Malim
10. Parit Buntar

The Store:
1. Jalan Dato' Jaafar, Ipoh
2. Jalan Kampar, Ipoh
3. Taiping
4. Kamunting
5. Teluk Intan
6. Sitiawan
7. Kuala Kangsar
8. Sungai Siput
9. Grik

Tf Value Mart
1. Teluk Intan
2. Tapah
3. Batu Gajah
4. Behrang
5. Sungai Siput

Pacific:
1. Taiping Mall

Rapid
1. Manjung
2. Teluk Intan

Shopping  Mall/ Hypermarket yang akan dibina/dibuka di Perak:
1. Aeon Mall Klebang
2. Aeon Big Falim
3. Lulu Hypermarket, Felda Ipoh
4. Econsave, Jelapang Sq
5. Econsave, Ampang Baru
6. Perak IT Mall, Tasek
7. Econsave, Pengkalan
8. Tin City Shopping Mall
9. Vivo Square
10. Lost World Shopping Mall
11. Basco Avenue
12. Times Square
13. Tesco Klebang
14. Giant Klebang
15. Tf Value Mart, Pengkalan
16. Lang Valley Megamall
17. Mydin, Ulu Kinta
18. Mydin, Seri Iskandar
19. Mydin, Kuala Kangsar
20. Mydin, Simpang
21. Mydin Manjung
22. Kampar Sentral Mall
23. Kampar Putra Mall
24. Econsave Slim River
25. Tf Value Mart, Grik
26. Parkson Mall, Taiping
27. Billion Mall, Silibin


IPOH-KOTA BHARU FLIGHT.... PERKHIDMATAN PENERBANGAN TERBARU DI LTSAS, IPOH



Bermula 14 Feb 2015, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh akan melakarkan satu lagi sejarah apabila Syarikat Malindo Air melancarkan penerbangan terbaru dari Ipoh-Kota Bharu-Ipoh. Boleh dikatakan perkhidmatan sulung flight antara Ipoh dan KB. Flight tersebut akan menyediakan servis 3 kali seminggu. Mungkin ini akan memberi satu lagi kejayaan kepada industri penerbangan di Perak memandangkan dah lama airport Ipoh tu macam tak berfungsi je... Di bawah ni aku listkan perkhidmatan penerbangan kat airport Ipoh stakat ni...

1. Firefly
    a. Ipoh - Singapore
    b. Ipoh - JB

2. Malindo Air
    a. Ipoh - JB
    b. Ipoh - Subang
    c. Ipoh - Medan
    d. Ipoh - KB (coming soon)

3. Sriwijaya  Air
    a. Ipoh - Medan

Pernah juga disiarkan kat media yang Malindo Air nak buat penerbangan Ipoh - Langkawi, Ipoh - Krabi dan banyak lagi tempat kat Asia, tapi masih dalam perancangan. Bagi aku Ipoh ada potensi untuk menjadi hub penerbangan domestik or international. Hairan jugak Air Asia masih belum memulakan servis kat airpot Ipoh. Rasanya lau sykt tu dah beroperasi kat Ipoh, mungkin airport Ipoh akan lebih rancak dan gah.

Bila tengok balik pada list tu, rasanya servis flight kat Ipoh perlu lebih mempelbagaikan destinasi. Mungkin lepas ni, ada route ke Alor Setar, Kuantan, Kuching, KK, Melaka, Bandung, Jakarta dan Bangkok. harap-harap macam tu la.

i