Rabu, 4 Februari 2015

IPOH-KOTA BHARU FLIGHT.... PERKHIDMATAN PENERBANGAN TERBARU DI LTSAS, IPOH



Bermula 14 Feb 2015, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh akan melakarkan satu lagi sejarah apabila Syarikat Malindo Air melancarkan penerbangan terbaru dari Ipoh-Kota Bharu-Ipoh. Boleh dikatakan perkhidmatan sulung flight antara Ipoh dan KB. Flight tersebut akan menyediakan servis 3 kali seminggu. Mungkin ini akan memberi satu lagi kejayaan kepada industri penerbangan di Perak memandangkan dah lama airport Ipoh tu macam tak berfungsi je... Di bawah ni aku listkan perkhidmatan penerbangan kat airport Ipoh stakat ni...

1. Firefly
    a. Ipoh - Singapore
    b. Ipoh - JB

2. Malindo Air
    a. Ipoh - JB
    b. Ipoh - Subang
    c. Ipoh - Medan
    d. Ipoh - KB (coming soon)

3. Sriwijaya  Air
    a. Ipoh - Medan

Pernah juga disiarkan kat media yang Malindo Air nak buat penerbangan Ipoh - Langkawi, Ipoh - Krabi dan banyak lagi tempat kat Asia, tapi masih dalam perancangan. Bagi aku Ipoh ada potensi untuk menjadi hub penerbangan domestik or international. Hairan jugak Air Asia masih belum memulakan servis kat airpot Ipoh. Rasanya lau sykt tu dah beroperasi kat Ipoh, mungkin airport Ipoh akan lebih rancak dan gah.

Bila tengok balik pada list tu, rasanya servis flight kat Ipoh perlu lebih mempelbagaikan destinasi. Mungkin lepas ni, ada route ke Alor Setar, Kuantan, Kuching, KK, Melaka, Bandung, Jakarta dan Bangkok. harap-harap macam tu la.

i

Tiada ulasan:

Catat Ulasan