Rabu, 21 Januari 2015

OGHANG PEGHAK... APE KABO...

Assalamualaikum...

Dalam blog ni, aku nak menulis tentang perkembangan yang berlaku di seluruh negeri kelahiran aku, Perak Darul Ridzuan. Aku sebenarnya pun hairan, sejak dari kecil lagi aku betul-betul suka untuk mengikuti perkembangan pembangunan di negeri Perak. Aku rasa semua orang suka macam tu, cuma ada yang aktif dan ada yang mengikuti lebih kurang je.

Kalau dulu, aku suka belek-belek surat kabo untuk cari berita yang berkaitan dengan pembangunan negeri Perak. Khususnya Bandaraya Ipoh la. Sampai sekarang aku memang nak cari sangat perkembangan Ipoh City. Kalau boleh aku nak tiap-tiap hari tengok Ipoh ada projek baru atau premis yang baru bukak kat Ipoh.

Pernah juga dulu, aku selalu bandingkan Ipoh ngan JB dengan member aku. Sebab masa tu pun JB baru nak up. Bandaraya pun belum dapat lagi sedangkan Ipoh dah dapat status bandaraya sejak tahun 1989 lagi. Tapi masa telah berubah, JB sekarang dah tinggalkan Ipoh jauh ke belakang. Mungkin sebab faktor berjiran dengan Singapore yang buatkan JB mampu membangun dengan pesat. Pelanggan di JB pun kebanyakannya datang dari sana. Sedangkan Ipoh jauh dari bandar besar lain bahkan bukan terletak di tepi laut macam JB dan Penang. Cuma aku salult ngan Ipoh sebab still berada di antara bandaraya terbesar di Malaysia. Tak silap aku 4. Rasanya dalam satu artikel kat paper Berita Harian dalam tahun 90-an, Ipoh masa tu no 2 di belakang KL. Aku rasa Ipoh kena lebih bekerja keras untuk rampas balik kedudukan tu. Dah tak boleh harapkan projek2 kecik (kalau dulu, projek yang selalu tngok kat paper, taman perumahan je yang lebih, pusat komersil boleh dikira dengan jari je).

Jadi, aku harap, pelabur di Ipoh lepas ni kena lebih berani untuk bangunkan Ipoh. Tak boleh biarkan Ipoh ketinggalan dari segi kemodenan dan kepesatan. Jangan pulak nanti Ipoh jatuh lagi ke tangga berapa pulak. Jangan harapkan besar je, tapi isi macam pekan kecik lain kat Malaysia. Sebagai contoh, kalau Seremban yang xde aset pelancongan dan pusat bandar pun kecil dan berterabur boleh ada 2 Parkson dan 2 GSC, xkan Ipoh yang besar cuma boleh ada satu je. Mydin kt Seremban pun dh nak masuk 3. Ipoh pun baru 2. Cikai sgt ker penduduk Ipoh. Tu yang hairan. Kalau tanya orang Ipoh, dah ckup la tu, Ipoh pun dah banyak kompleks membeli-belah... tapi kalau nak jalan kat Ipoh, habis kuat pun 3 tempat ni je,,, Ipoh Parade, Kinta City ngan Station 18.... Kalau kat Seremban boleh jadi 4 tempat,,, Aeon Sremban 2, Seremban Prima, Palm Mall ngan Terminal One, tu belum masuk Mydin Mall ngan Terminal 2,,, so cmana yg kata Ipoh dah ckup membangun.... paling tidak pun Ipoh perlu ada 7 or 8 mall yang besar, sebab untuk tampung local dan tourist people.

Sebab tu, kalau nak jadi antara bandaraya terbesar kat Malaysia, Ipoh kena lebih membangun selepas ni.... xmau dah berada d takuk lama... Ipoh will go....

1 ulasan:

  1. CASINO GAMES - JTM Hub
    CASINO 목포 출장마사지 GAMES at JTM. Find the best CASINO GAMES in your location, including 시흥 출장샵 casino games, dining options and more. Click 제주도 출장안마 here to 밀양 출장안마 play 제천 출장샵 now!

    BalasPadam